UMT Endowment Fund

Kursus Pengurusan Kewangan Anak Endowmen UMT

 

Pejabat Bendahari telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan kepada semua penerima Dana Endowmen UMT (Anak Endowmen UMT) yang kini mencecah seramai 75 orang sejak ianya dilancarkan pada tahun 2017. Kursus ini telah diadakan pada 11 Disember 2019 (Rabu) selama setengah hari bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, di Bilik Seminar Ibnu Rushd, Pusat Pembangunan Akademik dan Kualiti, UMT.

Tujuan kursus ini diadakan adalah supaya Anak-Anak Endowmen UMT mendapat pendedahan dan kemahiran berkenaan dengan asas pengurusan kewangan dan pengisian rohani yang boleh memberi manfaat kepada mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup di kampus UMT.

Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah terdiri daripada Pensyarah-Pensyarah UMT yang juga merupakan ahli Sekretariat Endowmen dan Pelaburan, Pejabat Bendahari iaitu:

1) Prof. Madya Dr. Safwan Mohd Nor – Pelaburan Yang Bijak
2) En. Zaharul Nizal Zabidi – Simpanan Jaminan Masa Depan
3) Dr. Nurasyikin Jamaludin – Keperluan Insurans dan Takaful
4) Ustz. Dr. Hj. Riswadi Azmi – Pengurusan Kewangan Berpandukan Al Quran