UMT Endowment Fund

Sumbangan Ke Endowmen UMT Dengan Lebih Cepat Dan Mudah – Billplz

Dermasiswa Endowmen UMT melalui Endowmen UMT telah banyak memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak sejak tahun 2014. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang tak putus-putus memberi kepercayaan kepada pihak Endowmen UMT untuk membantu pelajar-pelajar ini. Penyumbang utama kepada Endowmen UTM terbahagi kepada 4 kategori iaitu Sumbangan Staf UMT sendiri, Sumbangan LPU, Sumbangan Luar, dan juga Sumbangan Dalaman.

Demi menggalakkan orang ramai untuk menyumbang dengan lebih cepat dan mudah ke Endowmen UMT, kami telah mewujudkan saluran sumbangan dengan integrasi sistem Billplz. Sumbangan boleh dilakukan di pautan rasmi https://www.billplz.com/endowmenUMT. Orang ramai digalakkan untuk terus menyumbang kepada Endowmen UMT bagi membolehkan ramai lagi pelajar menerima bantuan Dermasiswa Endowmen UMT ini.