UMT Endowment Fund

Majlis Apresiasi Endowmen UMT

Universiti Malaysia Terengganu, 14 Mac 2023. Pejabat Bendahari UMT telah mengadakan Majlis Apresiasi Endowmen UMT pada 14 Mac 2023 di Dewan Jamuan, Dewan Sultan Mizan UMT. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penderma/penyumbang yang terdiri daripada individu dan agensi yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas untuk Dana Endowmen UMT.

UMT sentiasa cakna di dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terpelihara. Pelbagai usaha dan saluran bantuan kewangan telah disediakan kepada pelajar UMT antaranya Dermasiswa Endowmen UMT. Sumber kewangan dermasiswa ini adalah hasil sumbangan staf UMT yang sangat prihatin serta sumbangan daripada pihak agensi dan individu luar. Sehingga kini sejumlah RM1.069 juta telah diagihkan dan telah memberi manfaat kepada 151 orang pelajar UMT.