UMT Endowment Fund

“Ocean Hope” Kerjasama RHB bersama Universiti Malaysia Terengganu

Putrajaya, 2 April 2021. Mesyuarat kerjasama antara UMT dan RHB telah di hadiri oleh Dato’ Adissadikin Bin Ali, CEO RHB dan pegawainya telah disambut oleh Prof Dato’ Nor Aieni Hj Mokhtar bersama Dr. Maiza Mohd Abdullah selaku koordinator program ‘Ocean Hope’ yang telah diadakan di pejabat PKS-UMT Putrajaya semalam

Sebagai rakan strategik UMT, pihak RHB telah menyumbang sebanyak RM 73,144.00 untuk beberapa projek dan aktiviti dibawah program ‘Ocean Hope’.

Projek tersebut termasuklah ‘geo-tagging’ke atas penyu, pertandingan melukis dan pembangunan portal ‘Ocean Hope’. Selain daripada itu sumbangan daripada RHB Visa WWF debit card sebanyak RM3.00 daripada  pemegang kad debit akan diberikan kepada UMT.

Menurut Dato’ Adissadikin, pihak RHB sangat berterima kasih kepada pihak UMT kerana sebagai rakan strategik, hubungan dan kerjasama yang diberikan oleh UMT telah dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan oleh pihak RHB.

Mesyuarat diakhiri dengan penyerahan kad debit kepada Prof Dato’ Nor Aieni, Naib Canselor UMT dan penyampaian cenderamata.