Majlis Menandatangani MOA ‘RHB Islamic Endowed Scholar In Finance’ Di Antara RHB Islamic Bank & Universiti Malaysia Terengganu & Perlantikan Penerima ‘RHB Islamic Endowed Scholar In Finance’

 

  • Majlis menandatangani MoA RHB Islamic Endowed Scholar In Finance di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) & RHB Islamic Bank dan Perlantikan penerima RHB Islamic Endowed Scholar In Finance telah diadakan pada 1 Julai 2018. MoA ini merupakan satu simbol kesepakatan di dalam melahirkan warga yang berilmu dan berkemahiran selaras dengan visi UMT untuk menjadi institusi pembelajaran yang terunggul.

 

  • Penajaan endowmen merupakan salah satu langkah penting untuk merekrut dan menyokong bakat akademik dalam sesuatu bidang di universiti. Penajaan RHB Islamic Endowed Scholar in Finance ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan kuantiti dan kualiti penyelidikan dalam bidang kewangan di universiti, justeru menaikkan ranking MyRA dan SETARA Universiti Malaysia Terengganu.

 

  • Di samping itu, Program penajaan ini juga akan meningkatkan peluang kerjasama di antara universiti dan pihak industri iaitu RHB dalam menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial yang pada akhirnya akan memberi kesan positif dari sudut peningkatan citra dan juga promosi bagi pihak Universiti Malaysia Terengganu mahupun bagi pihak RHB. Tambahan lagi, program ini memberi peluang kepada calon yang layak menggunakan sebaik mungkin tajaan dalam bentuk geran penyelidikan bagi menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dan secara tidak langsung akan mengharumkan nama universiti dan penaja iaitu RHB.

 

  • Penajaan ini merupakan penajaan ahli akademik pertama oleh pihak industri di UMT. Ia adalah merupakan penajaan bertempoh berbentuk endowmen terhad (restricted term endowment)bernilai RM150,000 untuk tempoh 3 tahun (RM50,000 setahun) bermula 1 Julai 2018 sehingga 30 Jun 2021.

 

  • Kriteria lantikan telah dibangun berdasarkan input profesor bidang kewangan dalam dan luar negara serta badan-badan kewangan, merangkumi:
  • i) Kelayakan akademik dalam bidang kewanganii) Kelayakan profesional dalam bidang kewanganiii) Pengalaman profesional industri kewangan dan pelaburaniv) Rekod penerbitan artikel penyelidikan bidang kewangan dalam jurnal berkualiti atau berimpak-faktor tinggi.

 

  • Permohonan tawaran telah dibuka kepada semua ahli akademik warganegara Malaysia dalam bidang kewangan di UMT (PPPPM, PPPSE dan PPIMG) gred DS51/52 dan DS53/54 dan juga dibuka kepada semua ahli akademik warganegara Malaysia dalam bidang kewangan dari luar UMT gred DS53/54. Hebahan mengenai pembukaan permohonan RHB Islamic Endowed Scholar in Finance telah dibuat di laman sesawang UMT Endowment Fund  bermula 1 Mac 2018.

 

  • Penilaian dan pemilihan calon telah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa RHB Islamic Endowed Scholar in Finance pada 29 Mac 2018 dengan kehadiran wakil RHB Islamic Bank iaitu Marzuky Mohd Ghazali. Penilaian calon dibuat berdasarkan kriteria lantikan yang telah ditetapkan dan dengan jumlah skor tertinggi mesyuarat telah bersetuju memilih Dr. Safwan Bin Mohd Nor sebagai penerima RHB Islamic Endowed Scholar in Finance UMT.

 

  • Penerima RHB Islamic Endowed Scholar in Finance perlu menghasilkan perkara-perkara berikut dan melaporkan prestasi secara berkala kepada penaja RHB Bank :
    1. Sekurang-kurangnya 3 hasil penyelidikan di dalam jurnal terindeks ISI atau Scopus, dengan minima 1 penerbitan di dalam jurnal berkualiti atau berimpak-faktor tinggi iaitu gred A*/A dan Q1 di dalam bidang kewangan.
    2. Sekurang-kurangnya 3 pembentangan di konferensi antarabangsa di mana minima 1 dibentangkan di luar negara.
    3. Membentangkan 3 syarahan umum sebagai Tanggungjawab Sosial (CSR) atau program bersama komuniti.

 

Majlis menandatangani MOA ‘RHB Islamic Endowed Scholar In Finance’ di antara RHB Islamic Bank & Universiti Malaysia Terengganu

 

Perlantikan penerima ‘RHB Islamic Endowed Scholar In Finance’ Dr. Safwan bin Mohd Nor