Temuduga Dermasiswa Endowmen UMT (Online Webex)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sentiasa cakna dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar terpelihara melalui pelbagai usaha dan saluran yang telah disediakan.
Dermasiswa Endowmen UMT adalah merupakan salah satu kategori penajaan dana endowmen UMT berbentuk bantuan kewangan minima sebanyak RM3,000.00 setahun. Bantuan ini akan ditawarkan kepada pelajar yang layak, bertujuan untuk membantu meringankan keperluan pembelajaran dan sara hidup pelajar sepanjang tempoh pengajian.
Pada sesi 2020/2021 yang lepas, jumlah tawaran dana endowmen keseluruhan adalah sebanyak RM234,500.00 yang merangkumi tawaran Dermasiswa Endowmen RM196,500.00 kepada 33 orang pelajar pra-siswazah dan Dana Prihatin RM38,000.00 kepada 38 orang pelajar.
Sebanyak 2916 permohonan telah diterima untuk penawaran Dermasiswa Endowmen UMT bagi sesi 2020/2021 ini dimana seramai 71 orang pelajar telah terpilih untuk sesi temuduga yang telah diadakan pada 25-26 Oktober 2020 yang lalu menggunakan aplikasi Webex atas talian (online) buat pertama kali.